Persatuan Alumni Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara
Platform yang menyatukan lepasan pelatih ABMWU & berfungsi untuk mengukuhkan jaringan sosial, profesional, dan keusahawanan antara ahli.


Tentang Kami
PAABMWU
Persatuan Alumni Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara telah ditubuhkan pada 13 Mac 2018 dengan matlamat utama untuk menjalin hubungan yang berterusan antara alumni dan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Utara. Sebagai sebuah platform yang menyatukan bekas pelatih, persatuan ini berfungsi untuk mengukuhkan jaringan sosial, profesional, dan keusahawanan antara ahli.
Selain itu, persatuan ini juga aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan dan pembangunan seperti penajaan yuran pelatih, program latihan, dan sumbangan
kepada komuniti. Dengan bilangan ahli yang semakin meningkat, ia mencerminkan sokongan yang kukuh terhadap visi dan misi persatuan.
Sebagai sebuah organisasi yang proaktif, PAABMWU komited untuk menjadi pemangkin kepada kebolehpasaran graduan serta memperkasakan pembangunan keusahawanan melalui penglibatan alumni dalam aktiviti-aktiviti ABM Utara.

Ikatan alumni bukan sekadar kenangan, ia adalah kekuatan yang mendorong kita terus maju bersama
Mohd Rosdi
Pengerusi PAABMWU
Kemudahan & Sumbangan kepada Ahli Alumni

Matlamat PAABMWU
Persatuan Alumni ini ditubuhkan untuk menghimpunkan bekas pelajar ABM Wilayah Utara dalam satu komuniti yang harmoni. Pelbagai matlamat telah digariskan bagi memastikan kebajikan, kerjasama dan pembangunan ahli sentiasa diperkukuhkan.
Penyatuan Alumni
Menyatupadukan bekas pelajar-pelajar Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara.
Kerjasama Strategik
Mengadakan pertandingan, kerjasama atau gabungan dengan pertubuhan-pertubuhan berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.
Semangat Persaudaraan
Memupuk semangat persahabatan dan persefahaman di kalangan ahli.
Kebajikan & Pembangunan
Mengambil bahagian dalam rancangan pembangunan dan kebajikan yang akan memberi faedah kepada ahli pertubuhan, masyarakat dan institusi.
Kriteria Keahlian Persatuan
Keahlian Persatuan Alumni ABM Wilayah Utara terbuka kepada semua bekas pelajar yang memenuhi syarat asas berikut:






